Sunday 14 August 2011

Talking Point Mesej Pemakanan Sekolah 2011


Talking Point Mesej Pemakanan Semasa Perhimpunan Pagi Sekolah Sempena Bulan Pemakanan Malaysia 2011

Dalam talking point ini mempunyai 4 topik untuk membantu Guru Besar menyampaikan mesej pemakanan semasa perhimpunan pagi di sekolah.  Topik msej pemakanan  adalah seperti berikut:

1.   Tip Makan Secara Sihat
2.   Makan Mengikut Waktu, Makan 6 Kali Sehari
3.   Makan Buah dan Sayur Pelbagai Warna Setiap Hari
4.   Apa itu Snek?

Mesej pemakanan tersebut boleh dijalankan dalam 4 sesi. Setiap sesi memerlukan 5 minit untuk penyampaian satu topik mesej pemakanan kepada murid-murid. 



Minggu Pertama
Topik:  Tip Makan Secara Sihat
Untuk menjaga badan yang sihat, murid-murid perlu:

1.   Makan nasi, mi, roti, biskut atau bijirin sarapan dengan cukup.

2.   Selain itu, pastikan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

3.   Manakala, ikan, ayam, daging, telur dan kekacang perlu makan secara sederhana (tidak terlalu banyak) setiap hari.

4.   Ingat! Makanan yang tidak sihat perlu dikurangkan 1 hingga 2 kali sebulan. Kurangkan makan:

a.   Makanan masin seperti makanan ringan, jeruk dan asam.

b.   Makanan dan minuman yang manis seperti kek berkrim, donat, ais krim, coklat, minuman berkarbonat dan sirap.

c.   Makanan berlemak seperti burger, sosej dan nugget perlu dikurangkan juga.

5.   Minumlah 6-8 gelas atau 1 botol besar air kosong setiap hari.

6.   Murid-murid perlu sentiasa aktif bermain dalam aktiviti padang dan menjaga berat badan.

7.   Setiap pagi, murid-murid perlu makan sarapan berkhasiat seperti roti dan susu sebelum pergi sekolah.

8.   Susu perlu diminum setiap hari.  Bagi murid-murid tidak suka minum susu boleh pilihlah susu coklat atau makan yoghurt atau makan keju bersama roti.

9.   Sebelum makan, murid-murid perlu memastikan makanan dan minuman adalah bersih dan selamat, iaitu makanan tidak kotor, tiada lalat dan tidak berbau busuk.





Minggu ke-2
Topik :  Makan Mengikut Waktu, Makan 6 Kali Sehari
1.   Murid-murid perlu makan mengikut waktu setiap hari.  Kalau murid-murid makan tengah hari pada pukul 12.30 tengah hari.  Jadi amalan ini perlu dikekalkan setiap hari.

2.   Pastikan murid-murid makan pada setiap waktu makan.

3.   Murid-murid perlu makan 6 kali sehari, iaitu sarapan, minum pagi iaitu waktu rehat semasadi sekolah, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam.

4.   Jangan melangkau waktu makan (contoh: murid-mrid tidak makan sarapan dan lapar sehingga waktu rehat atau waktu makan tengah hari baru makan). Keadaan ini akan mengakibatkan kekurangan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk melakukan aktiviti dan mengganggu tumpuan untuk belajar. 

5.   Elak makan snek dekat pada waktu makan utama.  Waktu snek adalah waktu minum pagi atau minum petang. Jarak tempoh masa antara waktu snek dengan waktu makan utama (makan tengah hari atau makan malam) adalah 2 jam.  Contoh:  Kalau adik makan malam pada pukul 7 petang, waktu makan snek selewat-lewatnya pada pukul 5 petang. 




Minggu ke-3
Topik :  Makan Buah dan Sayur Pelbagai Warna Setiap Hari

1.   Setiap jenis dan warna sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai khasiat makanan yang baik untuk kesihatan.

2.   Sayur-sayuran mengandungi serat dan mineral.  Makan banyak sayur-sayuran dapat membantu murid-murid mengelakkan masalah sembelit.

3.   Buah-buahan mengandungi vitamin yang dapat membantu murid-murid mencegah dari penyakit. 

4.   Pastikan murid-murid makan 5 jenis warna sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.



Minggu ke-4
Topik : Apa itu Snek?
1.   Snek bukanlah makanan ringan.

2.   Snek ialah makanan yang diambil di antara sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

3.   Murid-murid perlu memilih snek yang berkhasiat.

4.   Contoh snek yang berkhasiat ialah:
Sandwic, biskut, buah-buahan, bijirin sarapan, roti, yogurt, susu, kacang dan susu soya.

5.   Snek yang berkhasiat dapat membantu murid-murid sentiasa bertenaga, cergas dan bersemangat tetapi bukan makanan makan sampai kenyang.





No comments:

Post a Comment